Company dah sediakan insurans dah. Perlu ke saya beli insurans lagi?
Untunglah orang yang kerja company besar ni....
Company dema dah sediakan medical kad sorang satu.
Kan kan??
Bilik rawatan yg bes... Semuanya ditanggung BEREH.
Betul.
Tapi, Kita masih lagi memerlukan insurans sampingan.
In fact, seseorang individu tu boleh beli insurans sebanyak mana pun yg dia suka, asal poket dia tebal dan mampu bayar.
Itu la untung orang yg manyak duit ni.
Kenapa kita masih memerlukan insurans meskipun company kita dah provide insurans untuk kita dan keluarga?
Berikut adalah beberapa alasan yang disampaikan dalam bahasa mudah difahami. Smoga bermanfaatlah.
Insurans yang disediakan syarikat ni biasanya adalah GROUP INSURANS , atau insurans berkumpulan atau insurans berkelompok. MAka, ianya akan efektif ke atas anda selagi anda masih beradadi dalam KELOMPOK tersebut.
MAkanya, jika anda tidak lagi berada di dalam kelompok itu lagi, takde la lagi cover insurans untuk anda.
Sebilangan besar kita yang bekerja di syarikat sangat mudah dikaburi dengan maklumat "insurans disediakan".
Pulak tu, mai pulak rakan-rakan sekerja menambah dan menyedapkan stori bahawa kita dah well-covered dan syarikat kita memang sangat bagus kerana mengambil-berat hal pekerja sampai insurans pun disediakan jika terjadi apa-apa ke atas kita.
WELL...... Kena ingat bahawasanya, itu adalah tanggungjawab SYARIKAT ke atas pekerja-pekerjanya. Iaitunya, menjamin kesejahteraan hidup pekerja-pekerja di syarikat mereka.
Ianya tidak bermakna , ANDA , selaku ketua keluarga dalam institusi keluarga anda sendiri tidak perlu menyediakan insurans untuk keluarga anda.
Ingat, komitmen insurans syarikat dengan anda hanya berdasarkan kontrak.
Jika anda tidak lagi kerja di situ, babai la insurans tu.
Ada pernah terfikir apa akan terjadi selepas itu?
BAgaimana pulak komitmen anda sebagai suami, daddy, papa, apak?
KOmitment sebagai suami dan ayah bukannya berdasarkan kontrak.
Ianya adalah FOREVERRRRRR.....
JAdi, katelah anda dah tak bekerja di syarikat itu atau tetiba dibuang kerja , keluarga anda sedang berada di dalam keadaan yang tidak terjamin.
JAdi, berkomitmenlah untuk membeli at least satu polisi insurans nyawa bermedical kad untuk setiap keluarga anda.
Group Insurans tidak ada WAIVER atau CONTRIBUTOR.
TAk sama cam personal life insurans di mana ada satu manfaat yang mengatakan seandainya terjadi sesuatu ke atas diri anda , mati atau sakit kritikal, insurans anda dan anak anda atau pasangan anda akan jadi percuma.
MAknanya, even premium sudah tak dibayar setelah anda meninggal atau anda sakit teruk which is duit income family pun dah tak de kan, AKAN TETAPI insurans masih lagi berjalan seperti biasa.
Ahli keluarga anda masih lagi dilindungi.
Bagaimana kalau anda hanya ada Group Insurans dan anda kena sakit kritikal?
Jangan harapkan WAIVER.
SIlap haribulan, syarikat kamu akan hantar surat brenti kerjasebab kamu dah tak menyumbang kepada syarikat lagi.
Wakpe nak simpan lama-lama ye dak?
Beringatlah kepada syarat-syarat membeli polisi insurans.
Harga premium adalah berbeza mengikut umur dan pekerjaan.
JAdi, sekiranya anda dah pencen baru nak beli insurans untuk diri dan anak-anak , itu adalah merugikan. Harga premium akan jadi mahal. KEsian kat anak-anak...
TEtambah lagi kalau ada yang time nak pencen tu, dia ado plak anak kecik.
MAklumlah, kawin lambat.
Atau..maybe kawin lagi?? KAn kann..
Ada plak company yang memberi pilihan kepada pekerja-pekerja yang nak pencen untuk menyambung bayar insurans sedia ada.
Pun begitu, benefitnya telah pun ditetapkan.
Awak takleh ekjas ikut keperluan.
Sedangkan semakin kita berumur, sakit dan kematian semakin menghampiri dan kita perlu sediakan wang untuk sebarang kemungkinan yg datang.
Waiver which is sangat diperlukan untuk anak-anak puntakde.
KAlau nak jugak, kena tambah duit sendiri plak.
JAdi, berbaloi ke??
BEringatlah juga bahawa insurans nyawa bermedical kad adalah sangat susah nak approved kepada orang yg sudah ada penyakit.
Dan sapa yang consider lepas pencen baru nak beli polisi, perlu diingatkan bahawasanya medical check-up adalah WAJIB bagi pemohon yang berusia 56 tahun ke atas....
Dan tahukah anda, khasnya untuk pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat yang menyediakan insurans kepada kalian.....
Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, perkara yang paling awal diorang akan reduce atau buang terus adalah medical cover dan insurans.....
Diorang akan kurangkan cover, atau bagi pekerja-pekerja gred rendah, dorang akan buang terus.
Dan yang best tu, company tu tak khabar pun kat pekerja yang diorang ni dah takde insurans sebab company sedang menstabilkan diri akibat kemelesetan ekonomi.
Well..korang pekerja bawahan je. NAk gtau wakpe?
Pernah tengok citer John Q tak?
LAgi satu sebab KENAPA PERLU ada INSURANS dan KAD PERUBATAN sendiri ini adalah kerana
ANNUAL LIMIT yang LEBIH BANYAK.
Anda boleh tentukan sendiri berapa had tahunan medical card yang anda rasa perlu untuk diri anda dan keluarga.
Ada sesetengah company yang had perubatannya hanya RM25,000 setahun.
Untuk ahli keluarga pulak RM12,000.
Ada pulak yang RM50,000 setahun, tapi kongsi-kongsi dengan family member yang lain. BUatnya ahli keluarga dia ada 6 orang, jenuh la orang kedah kata bedak-bedak atau bahagi-bahagikan sesama sendiri.
Jika anda rasa RM25,000 itu mencukup untuk rawatan perubatan anda, abaikan sahaja entry belog saya ini.
Dan jika anda rasa keluarga anda semuanya dah cukup perlindungan perubatan, and kalau tak cukup pun, hospital kerajaan kan ada untuk memberi rawatan terbaik, saya akan cakap....
Doktor hospital kerajaan pun beli insurans, siap kad perubatan lagi.
Orang beli kad perubatan ni bukan sebab dia tak percaya or dia tak suka ka hospital kerajaan.
Tapi, sebab dah tau dah, PERBELANJAAN PERUBATAN sekarang ni, bukan murah dah.
Kalau dulu, nak 'kerat' perut pakai pisau besar. Skang, dah halus sangat pisaunya. Pakai laser.
Kalau dulu jahitan selepas pembedahan tu nampak ngeri je.
Sekarang, hari ni bedah, 3 hari kendian dah boleh main sepak takraw. HAAA... cemtu la nak habaq teknologi perubatan kita skang ni. Hebat kan?
Nak yang hebat gitu, semestinya lah mahal.
TAkkan pulak kita nak habaq kat doktor bedah tu.. "TAkpa doktor, belah perut saya pakai pisau potong ayam pun boleh. Tayah la charge mahal-mahal..."
Boleh gitu?
Haa.. skang kome gelak la.
Tak sakit lagi kan?
Dan pada yang menyangka syarikat tempat anda bekerja memberi had perubatan yang infiniti, tak kisah la sakit apa pun, saya takleh nak cakap apa.
Anda memang hebat.
Semestiya ada adalah orang penting dalam syarikat tu sehinggakan berapa saja kos bil perubatan anda terus dibayar sampai bila-bila.
KErana, saya sendiri melihat beberapa orang yang menderita 'kekurangan' gaji kerana terpaksa dipotong untuk menampung bil hospital yang pada mulanya dibayar oleh pihak syarikat, tetapi lama-kelamaan, apabila kos itu sudah menjadi tinggi , melebih pulak tahap gaji tahunan pekerja tu, dan lebih pulak limit perubatan yang mungkin layak buatnya, gaji nya terpaksa dipotong.
KEbanyakkannya adalah kes Kanser.
Well.. seperti anda semua sudah maklum, Kanser adalah penyakit yang paling BANYAK claim mengikut kajian kes, sehingga tahun 2012.
Dan, anda juga maklum, yang pesakit kanser ni kalau operate hari ni, tak akan baik besok.
Healing mengambil masa yang sangat lama.
JAdi, healing juga memerlukan WANG.
Beringat..
Otherwise jika anda rasa anda TAK MUNGKIN akan kena sakit seperti kanser, maka abaikan entry saya ini.
TAk rugi pun beli insurans lagi even company dah cover.
Boleh je nak guna dua-dua.
Yang tu kena rujuk pada agen yang pakar agar insurans yang ada tu dimanfaatkan sebaiknya.
Sekian Info Insurans kali ni.
JAdi, sapa yang rasa diri tu dah well-covered, think again~
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
The best is, ce gi tanya HR tentang polisi insurans company anda.
No comments:
Post a Comment